CUACA hujan lebat mengakibatkan sebuah bangunan runtuh di Algeria dan mengorbankan tiga maut serta dua kanak-kanak cedera, kata pekhidmatan penyelamat pada Khamis.
Memetik laporan AFP, bangunan itu runtuh di pinggir bandar Algiers di Bologhine semalam berikutan kejadian tanah runtuh di lokasi berdekatan disebabkan hujan lebat yang melanda ibu negara dan beberapa bandar Algeria lain.
Perkhidmatan pelindungan awam berkata, tiga mayat, dua lelaki dan seorang wanita ditemui dari runtuhan manakala dua kanak-kanak ditemui cedera.
Pada bulan Mac, banjir akibat hujan lebat di barat laut negara itu mengakibatkan enam kematian, lima daripadanya kanak-kanak.
Pada Mei, tujuh orang terbunuh di pelbagai wilayah semasa banjir selepas hujan lebat. — Agensi
