Lebih 100 maut akibat banjir, tanah runtuh


  • Benua
  • Rabu, 20 Okt 2021

JUMLAH kematian di India dan Nepal dijangka akan meningkat susulan hujan masih berterusan di kebanyakan tempat. — Agensi

BENCANA banjir besar dan tanah runtuh di India serta Nepal merekodkan lebih 100 kematian dengan ramai lagi dilaporkan masih hilang.

Pihak berkuasa di Uttarakhand, India berkata, sekurang-kurangnya 46 orang maut sejak beberapa hari lalu manakala 11 lagi masih hilang.

Di Kerala pula, Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan, berkata kematian kini mencecah 39 mangsa.

Sekurang-kurang 30 orang di Uttarakhand maut di tujuh lokasi berbeza di wilayah Nainital selepas hujan mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan memusnahkan struktur bangunan di kawasan itu pada Selasa.

Pegawai tempatan, Pradeep Jai, memberitahu AFP bahawa lima yang maut adalah dari sebuah keluarga yang rumahnya tertimbus dalam tanah runtuh besar.

Sementara itu, pegawai bahagaian pengurusan bencana, di Nepal, Humkala Pandey, berkata sejak tiga hari lalu, 31 kematian dilaporkan kerana banjir dan tanah runtuh akibat hujan selepas musim tengkujuh manakala 43 orang masih hilang.

"Hujan masih berterusan di kebanyakan tempat dan kami masih mengumpulkan data di lapangan, jumlah kematian mungkin meningkat," katanya mengenai keadaan di Nepal. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

India, Nepal, banjir besar, maut, hilang