Mahkamah keluar perintah sekat pindah mamalia laut ke China


  • Benua
  • Khamis, 11 Nov 2021

MAHKAMAH di Belanda mengeluarkan perintah membekukan pemindahan haiwan laut ke China. — AP

SEORANG hakim di Belanda mengeluarkan perintah untuk menangguhkan pemindahan mamalia marin dari taman teman di negara itu ke sebuah pusat hidupan laut di China ekoran kemarahan kumpulan aktivis haiwan.

Pemindahan itu melibatkan lapan ekor ikan lumba-lumba, dua walrus dan dua singa laut ke Hainan Ocean Paradise China tetapi kumpulan aktivis menghalangnya kerana bimbang soal kebajikan haiwan itu.

Perintah itu dibuat selepas kumpulan pemuliharaan antarabangsa Sea Shephard dan kumpulan aktivis tempatan, House of Animals mengheret Taman Tema Dolphinarium, Harderwijk sebagai plaintif ke mahkamah bagi menghalang pemindahan haiwan laut tersebut ke taman tema di Hainan yang masih dalam pembinaan.

Perintah itu berkuat kuasa sehingga kes itu diputuskan.

Dalam satu kenyataan House of Animals, mereka mendakwa pemindahan haiwan tersebut akan menyebabkan kebajikan binatang laut itu terjejas.

"Kebajikan haiwan-haiwan ini tidak terjamin jika anda memutuskan untuk melakukan perpindahan mereka ke China dan saya pasti haiwan tersebut sebenarnya akan digunakan atas tujuan pengkomersilan dan hiburan," ujar kenyataan itu.

Pada perbicaraan pada hari Selasa, mahkamah mengeluarkan perintah interim bagi menghalang Dolphinarium daripada menggunakan lesen eksport haiwan sehingga perbicaraan penuh, yang telah dijadualkan pada 23 November. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Haiwan laut, pindah, China, Belanda, Sea Shephard