SEORANG wanita bekas jururawat di Jepun dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat setelah didapati bersalah membunuh tiga pesakit dengan mencemarkan titisan intravena mereka dengan disinfektan (bahan penyahjangkit).
Ketika perbicaraan, Ayumi Kuboki, 34, mengaku melakukan perbuatan itu di hadapan hakim Mahkamah Jepun pada Selasa dan membunuh pesakit berusia 70-an dan 80-an pada lima tahun lalu ketika bertugas.
Sozo Nishikawa, 88, Asae Okitsu, 78, and Nobuo Yamaki, 88 merupakan mangsa Kuboki dan pelaku mengaku kepada pihak polis bahawa dia mungkin membunuh 20 mangsa warga emas lain dalam tempoh dua bulan.
Namun, ketika perbicaraan, wanita itu memberitahu kepada pendakwa raya bahawa dia tidak boleh mengulas mengenai perkara tersebut.
Hakim mahkamah daerah Yokohama berkata kepada pihak media, beliau akan mempertimbangkan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Kuboki.
“Tertuduh mengaku menyesal (tindakannya) dan mahu menebus kesilapannya. Ada kemungkinan dia akan berubah dan saya tidak dapat mengelak daripada teragak-agak memilih hukuman mati,” kata hakim itu.
Pendakwa raya memohon hukuman mati dikenakan terhadap jururawat tersebut tetapi peguam belanya memberitahu bahawa anak guamnya mengalami kemurungan akibat tekanan kerana kematian pesakitnya.
Kuboki memberitahu mahkamah dia tidak mahu dipersalahkan oleh ahli keluarga atas kecuaian jika pesakit mati di bawah jagaannya dan dia bertindak sedemikian supaya mereka mati ketika dia tidak bertugas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
