26 kanak-kanak maut sekolah terbakar


  • Benua
  • Selasa, 09 Nov 2021

GAMBAR berhubung insiden kebakakaran itu turut tersebar di media sosial. — Agensi

KEBAKARAN sebuah sekolah di selatan Nigeria meragut nyawa sekurang-kurangnya 26 kanak-kanak sekolah berumur lima hingga enam tahun manakala 13 orang lagi cedera.

Kejadian pada Isnin itu berlaku di dalam bilik darjah sekolah yang dibina daripada kayu dan jerami di wilayah Maradi selatan Nigeria.

Menurut Datuk Bandar Maradi, Chaibou Aboubacar, kebakaran itu juga menyebabkan tiga bilik darjah musnah secara keseluruhan.

Gambar berhubung insiden itu turut tersebar di media sosial yang memaparkan kesan kebakaran dengan sisa-sisa bilik darjah yang hangus.

twitter nigeria

Pengarah Pendidikan wilayah Maman, Hdi berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Kejadian kebakaran adalah perkara biasa di bilik darjah sementara memandangkan ia dibina daripada bahan yang sangat mudah terbakar.

"Kebakaran serupa membunuh 20 kanak-kanak awal tahun ini di ibu kota Niger, Niamey, menyebabkan 28 bilik darjah pondok jerami musnah," katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari dan menggantung kelas berikutan kebakaran tersebut.

Majlis menteri Niger turut mengisytiharkan bahawa bilik darjah prasekolah tidak perlu lagi mempunyai bumbung daripada jerami susulan dua kebakaran maut sejak April.

Kebakaran pada hari Isnin adalah insiden maut kedua yang melanda wilayah Maradi dalam beberapa hari.

Terdahulu, runtuhan sebuah lombong emas berhampiran sempadan Nigeria meragut nyawa sekurang-kurangnya 18 orang.

Lombong di Nigeria lazimnya digali dengan alat dan kaedah lama yang sering mengakibatkan kemalangan maut.

Nigeria merupakan salah satu negara termiskin di dunia dengan kekurangan dari segi infrastruktur pendidikan.

Oleh yang demikian, terdapat banyak sekolah yang dibina dengan menggunakan kayu dan atap jerami memandangkan sekolah biasa tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Nigeria, kebakaran, sekolah, Maradi, maut, pelajar