20 pegawai awam maut dibunuh penyamun


  • Benua
  • Sabtu, 30 Okt 2021

KOMANDER kor negeri telah ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut. — Agensi

KEJADIAN pembunuhan beramai-ramai di Zamfara, di utara Nigeria pada Jumaat menyebabkan seramai 20 pegawai awam maut, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Kor Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria (NSCDC) di negeri itu, Aminu Mary berkata pembunuhan itu berlaku di pusat pentadbiran kerajaan tempatan Shinkafi.

"Mayat mangsa turut dibakar kumpulan penyamun.

"Komander kor negeri ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian," katanya.

Sementara itu, menurut Pesuruhjaya Penerangan Zamfara, Ibrahim Dosara, kerajaan negeri berkata, lebih 2,000 yang disyaki menjadi pemberi maklumat kepada penyamun telah ditahan.

"Penahanan itu diakukan sejak perkhidmatan telekomunikasi disekat dan tentera melancarkan operasi.

"Kerajaan telah menyediakan bilik operasi untuk menerima aduan supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan," kata Dosara lapor Anadolu.

Tambah beliau, operasi yang dilancarkan pihak berkuasa menyebabkan sebahagian penyamun terpaksa melarikan diri.

Katanya, ada segelintir dilaporkan berada dalam kelaparan selepas terputus bekalan makanan.

Kerajaan di negeri yang bergolak itu turut mengambil langkah drastik dengan menyekat rangkaian telekomunikasi dan penjualan petrol selain mengharamkan pasar mingguan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Nigeria, pembunuhan, penyamun, Zamfara