Polis tertekan 'like' akaun porno di Twitter


  • Benua
  • Isnin, 08 Nov 2021

TANGKAP layar menunjukkan akaun @PolresBogorKota menyukai satu kandungan berbaur lucah yang kemudiannya tular sejak Sabtu. — Twitter

KECOH di laman sosial sejak Sabtu selepas akaun Twitter @txtdrberseragam memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun Balai Polis Bogor Kota di Indonesia yang menggunakan nama @PolresBogorKota menyukai sebuah akaun mengandungi kandungan pornografi.

Akibat posting itu, heboh diperkatakan oleh warganet khususnya di Jawa Barat, Indonesia bagaimana hal itu boleh terjadi.

Ketua Perhubungan Awam Polis wilayah Jawa Barat, Erdi Ardimulan Chaniago berkata, perkara itu dalam siasatan pihaknya bagi mengenal pasti individu yang melakukan ‘like’ tersebut.

“Kami sudah mengendalikan akaun itu dalam tempoh yang lama dan setakat ini, tiada sebarang masalah.

“Bagaimanapun, Balai Polis Bogor Kota akan melakukan siasatan berkaitan penggunaan akaun Twitter tersebut dan mengesan individu yang melakukan perbuatan itu (like akaun pornografi)," katanya lapor portal Galamedia.

Beliau turut membuat permohonan maaf kepada orang ramai susulan insiden berkenaan.

“Justeru, saya memohon maaf bagi pihak jabatan polis dan mengakui ini adalah hal yang menjadi perhatian dan pemantauan lebih ketat kepada bahagian perhubungan awam di balai polis sekitar Jawa Barat,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram