Costa Rica wajibkan suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak


  • Benua
  • Sabtu, 06 Nov 2021

COSTA Rica akan mula memberikan vaksin Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada Mac 2022.

COSTA Rica menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak.

Suntikan itu juga dijadikan sebahagian daripada suntikan vaksin wajib kanak-kanak seperti yang dikehendaki kerajaan.

Negara itu menandatangani perjanjian dengan pengeluar vaksin Covid-19 Pfizer untuk memperoleh dos bagi memulakan pemberian vaksin kepada semua kanak-kanak bawah 12 tahun mulai Mac 2022.

Awal minggu ini, badan kawal selia kesihatan Amerika Syarikat meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Kebanyakkan kanak-kanak kurang berisiko untuk mendapat simptom teruk jika mereka disahkan positif Covid-19, namun masih boleh dijangkiti walaupun tanpa gejala.

Vaksin itu didakwa dapat membantu menghalang jangkitan dari kanak-kanak kepada golongan lain.

Sehingga kini, kira-kira 55 peratus orang yang layak telah diberi vaksin sepenuhnya di negara itu.

Keputusan Amerika Syarikat meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah membuka jalan kepada 28 juta individu di Amerika Syarikat untuk mendapatkan vaksin.

Mereka diberi suntikan dengan satu pertiga daripada dos yang diberikan pada orang dewasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram