Kanak-kanak paling ramai jadi pelarian Afghanistan di AS


  • Benua
  • Khamis, 21 Okt 2021

KEBANYAKAN rakyat Afghanistan meninggalkan negara itu berikutan khuatir akan sistem pemerintahan baharu oleh Taliban. — Agensi

HAMPIR separuh daripada 53,000 pelarian Afghanistan yang telah tiba di Amerika Syarikat (AS) dan tinggal di pusat penempatan sementara tentera merupakan kanak-kanak.

Perkara itu didedahkan menerusi surat daripada Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin kepada penggubal undang-undang yang diperoleh oleh akhbar Wall Street Journal.

Surat itu dikirim sebagai respons kepada pertanyaan oleh Senator James Inhofe, yang juga Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata di negara itu.

Kira-kira 22 peratus dari pelarian berkenaan adalah wanita dewasa, manakala 34 peratus merupakan lelaki dewasa, kata surat itu.

Angka yang diberikan oleh Austin adalah hanya anggaran.

Sementara itu, 85 peratus atau 105,000 daripada kira-kira 124,000 orang yang berpindah dari Afghanistan merupakan warga asal negara itu.

Para pelarian yang tinggal di penempatan sementara tentera AS dijangka menetap di sana selama berbulan-bulan, akibat wabak campak, kekurangan tempat tinggal serta kelewatan birokrasi dalam memproses dokumen. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Afghanistan, kanak-kanak, AS