
SALAH satu sebab di sebalik meningkatnya insiden serangan terhadap masyarakat minoriti termasuk penganut Hindu di Bangladesh adalah struktur dan kedudukan agama di negara itu.
Sebelum tahun 1972, Bangladesh adalah negara sekular, tetapi setelah itu Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negara menjadikan golongan minoriti diketepikan.
Bangladesh dikatakan telah memutuskan untuk mengubah dasar sekular dalam Perlembagaannya.
Sebenarnya, Perlembagaan yang dikemukakan oleh Presiden pertama Bangladesh, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman pada tahun 1972 adalah berkonsepkan negara sekular.
Tetapi pada tahun 1988, Perlembagaan itu telah dipinda untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara itu.
Sejak itu, kumpulan Islam radikal telah menguasai Bangladesh. Sumber mengatakan, kerajaan di bawah pentadbiran Sheikh Hasina kini memutuskan untuk memperkenalkan semula perlembagaan asal 1972.
Menteri Penerangan Bangladesh, Murad Hassan memberitahu, Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan akan diperkenalkan di Parlimen negara itu.
Dia menyatakan harapan agar RUU ini dapat disahkan tanpa sebarang bantahan.
Katanya, penguatkuasaan RUU ini akan menjadikan agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi negara itu.
Perkara sama pernah diumumkan pada tahun 2016, tetapi perubahannya belum dilakukan sehingga kini.
Dasar sekular Perlembagaan dihapuskan melalui dua pindaan yang dibuat semasa rejim ketenteraan antara tahun 1978 dan 1990.
Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negara dan bermula dengan tempoh pentadbiran Jeneral HM Irshad pada tahun 80-an. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram