PAPAN iklan yang diletakkan di hadapan rumah mereka di Ubon Ratchathani, Thailand. — Agensi
SEORANG lelaki terpaksa 'menawarkan' mata dan buah pinggang ahli keluarganya bagi mendapatkan wang selepas rumah serta tanahnya disita gara-gara menjadi penjamin untuk isteri rakannya yang membeli sebuah traktor ladang.
Rakthewa Khapim-udomlarp, 48, bersetuju menjadi penjamin berhubung pembelian traktor bernilai 860,000 baht (RM107,068) namun isteri rakannya itu gagal melunaskan pembayaran kenderaan berkenaan.
Rakthewa dikatakan bersetuju menjadi penjamin buat rakannya iaitu seorang anggota polis kerana sudah kedua-duanya mengenali sejak kecil lagi.
Pada 2014, rakannya meminta bantuan Rakthewa untuk menjadi penjamin dan berjanji tidak akan berlaku sebarang masalah.
Malangnya, selepas dua tahun, Rakthewa menerima surat mahkamah sebagai defendan kedua berhubung kes pembelian traktor itu.
Pada 2016, mahkamah mengarahkan isteri rakannya itu untuk memulangkan traktor berkenaan namun gagal berbuat demikian.
Tahun lalu, pihak berkuasa memaklumkan kepada Rakthewa bahawa rumah dan tanahnya sudah disita.
Susulan itu, Rakthewa bersama isteri dan dua anaknya sanggup berjalan sejauh 100 kilometer dari rumah mereka di Ubon Ratchathani ke Bangkok bagi meminta bantuan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha.
Rakthewa turut meletakkan papan iklan di hadapan rumah mereka untuk menawarkan organ kesemua ahli keluarganya.
Kisah sedih Rakthewa menerima perhatian Chan-o-cha dan beliau berjanji akan membantu mengurangkan beban keluarga tersebut. — Agensi