DUA anggota polis dan seorang tentera laut antara empat yang maut dalam dua insiden keganasan di wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.
Dalam kejadian sama, empat lagi mengalami cedera parah.
Ketua Polis Narathiwat Pol Mej Jen Narin Busaman berkata, letupan bom tangan buatan sendiri di Kampung Namwong di daerah Chanae pada jam 2.15 petang waktu tempatan itu mengorbankan dua anggota polis, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Ketika melalui tempat kejadian, bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di jalan raya diletupkan menyebabkan kedua-dua pikap itu melambung sejauh 50 meter dan remuk.
"Dua anggota polis ditemukan maut di tempat kejadian manakala empat lagi cedera parah,” katanya.
Dalam insiden berlainan, Narin mengesahkan seorang anggota tentera laut maut dalam kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa sawit di daerah Bacho, kira-kira 11.20 pagi waktu tempatan.
Kejadian itu berlaku ketika pihak berkuasa bertindak mengepung ladang kelapa sawit berkenaan yang dipercayai menjadi lokasi anggota militan bersembunyi.
"Dalam insiden berbalas tembakan itu, seorang anggota militan turut ditemukan maut di tempat kejadian... operasi masih diteruskan,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram