Dua kereta jatuh dalam lubang secara tiba-tiba


  • Benua
  • Khamis, 14 Okt 2021

Dua kenderaan terjatuh ke dalam lubang secara tiba-tiba di Rusia. — KIRILL KUKHMAR/Agensi
DUA buah kenderaan secara tiba-tiba jatuh ke dalam lubang apabila kawasan parkir tenggelam di Rusia pada Rabu.

Kejadian yang berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara itu berlaku selepas paip air panas di bawah tanah pecah di lokasi kejadian.

Paip itu membekalkan air kepada penduduk di rumah-rumah dan pejabat ketika musim sejuk.

Bagaimanapun punca paip air itu pecah masih belum diketahui.

Dalam kejadian tersebut, tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius atau kematian dilaporkan. — Agensi