PERCUTIAN Perdana Menteri, Boris Johnson bersama keluarganya di Sepanyol mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk media United Kingdom (UK) kerana ketika ini ketika rakyat Britain berdepan beberapa krisis besar.
Johnson bersama isterinya, Carrie dan anak lelakinya, Wilf berlepas ke Marbella pada Jumaat lalu selepas menghadiri Persidangan Parti Konservatif di Manchester.
Difahamkan, Johnson dan keluarganya akan tinggal di sebuah vila mewah di Costa del Sol sehingga Khamis ini.
Downing Street tidak menafikan laporan bahawa beliau terbang ke Sepanyol.
Rakyat Britain ketika ini mengalami kesukaran apabila jutaan penduduk berdepan krisis seperti kenaikan bil elektrik, kekurangan bekalan makanan serta bahan bakar dan kesemua masalah itu timbul akibat penghapusan bantuan Universal Credit.
“Tiada masalah jika perdana menteri mahu berehat sebentar namun masa bercuti itu menunjukkan betapa dekatnya beliau dengan rakyat Britain ketika menghadapi kesukaran,” kata seorang sumber dari Westminster.
Menteri Perniagaan, Kwasi Kwarteng menyifatkan tindakan Johnson bercuti ketika ini adalah wajar memandangkan pemimpin itu mengalami waktu sukar sejak setahun lalu. — Agensi