29 penumpang maut, bas lebih had laju terjunam ke dalam gaung


Foto: AFP
  • Benua
  • Rabu, 01 Sep 2021

KEADAAN bas yang jatuh terjunam ke gaung di Peru yang mengorbankan 29 nyawa semalam. — AFP

SEKURANG-kurangnya 29 penumpang terkorban dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas dinaiki terjunam ke dalam gaung di tengah bandar Peru pada Selasa, menurut polis tempatan.

Kemalangan berlaku pukul 4 pagi waktu tempatan (09:00 GMT) di kilometer 72 lebuh raya antara bandar raya Lima dengan Huanuco.

Bas malang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tebing sebelum terjunam 100 meter ke dalam gaung berdekatan Sungai Rimac, lapor agensi berita Xinhua.

Polis sedang menyiasat punca nahas. Identiti pemandu bas juga masih belum dikenal pasti sama ada terselamat ataupun turut terkorban.

Siasatan awal mendapati bas tersebut dipandu dengan laju.

Pihak berkuasa menutup lokasi kejadian untuk lalu lintas dan mereka yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan. Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Peru, kemalangan bas