SEBILANGAN penganalisis ekonomi menyatakan bahawa China akan terus menjadi penstabil pemulihan ekonomi dunia berdasarkan beberapa faktor.
Antaranya, faktor pelaburan dua hala yang aktif di China, sekali gus mendorong terhadap pemulihan ekonomi sejagat.
Ekonomi China terus mengekalkan trend pemulihan dengan indeks makro masih berada pada julat munasabah.
Bagaimanapun kadar peningkatan sebahagian indeks ekonomi utama China menurun didorong faktor ketidaktentuan, bencana banjir dalam negeri.
Ia juga berkait dengan pandemik yang melanda di sebahagian kawasan di negara ini.
Meskipun begitu, statistik ekonomi terkini yang diumumkan oleh kerajaan China baru-baru menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
Statistik Kementerian Perdagangan China menunjukkan, jumlah penggunaan pelaburan asing mengikut kontrak yang terlaksana mencatat RMB 672.19 bilion (RM420.11 bilion) pada Januari hingga Julai lalu, bertambah 25.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Angka tersebut secara tidak langsung menunjukkan China tetap menjadi destinasi tumpuan pelabur antarabangsa.
Selain itu, pelaburan China ke negara lain juga membantu pemulihan ekonomi di negara terbabit, termasuk negara-negara terlibat dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Jumlah pelaburan bukan kewangan China ke negara-negara terlibat BRI mencatat USD$11.29 bilion(RM46.93 bilion) pada Januari hingga Julai lalu dan bertambah 9.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ia sekali gus memberikan manfaat besar kepada negara-negara tersebut yang menghadapi kesulitan lebih mencabar dalam pemulihan ekonomi berbanding entiti ekonomi maju.
Indikator terakhir merujuk kepada pembekalan barang-barang yang tidak dapat memenuhi permintaan pasaran antarabangsa oleh kilang-kilang China pada sebelum ini akibat impak wabak.
Keadaan tersebut dilihat menstabilkan rantai bekalan sejagat dengan jumlah import eksport dan eksport dan import China pada tujuh bulan pertama tahun ini masing-masing bertambah 24.5 peratus, 24.5 peratus dan 24.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram