JARINGAN telekomunikasi dan internet di Lubnan boleh runtuh dalam beberapa hari ini ekoran kekurangan bahan bakar, menurut amaran yang dikeluarkan Jawatankuasa Media dan Komunikasi Parlimen.
“Kuantiti diesel di Lubnan miliki Touch and Alfa dan Ogero yang mengendalikan talian dan internet tetap hanya cukup untuk beberapa hari," jelas jawatankuasa itu.
Krisis kewangan dan ekonomi menyaksikan syarikat telekomunikasi itu turut berada dalam senari industri berisiko.
Sejak kebelakangan ini, Electricite du Liban sudah pun tidak mampu mendapatkan bekalan elektrik mencukupi buat institusi dan rumah terutamanya selepas subsidi kerajaan terhadap diesel ditarik balik.
Dalam tempoh beberapa bulan ini, perkhidmatan telekomunikasi termasuk internet di beberapa tempat ditangguhkan buat seketika.
“Dilema tidak hanya terhad kepada untuk mendapatkan diesel tetapi juga ketidakmampuan membeli alat ganti kerana harga yang terlalu tinggi.
“Kami berdepan masalah kecurian yang menyasarkan rangkaian telekomunikasi di Lubnan dan barangan yang dicuri dijual diatas talian,” kata Hussein Hajj Hassan yang mengetuai Jawatankuasa Media dan Komunikasi Parlimen. – Agensi