Ribuan penunjuk perasaan lancar mogok bantah dasar sosial Paris


  • Benua
  • Rabu, 06 Okt 2021

KIRA-KIRA 25,000 orang menyertai tunjuk perasaan di Paris. — Agensi

TINDAKAN mogok dilancarkan oleh aktivis dan ribuan penunjuk perasaan di seluruh Perancis pada Selasa sebagai bantahan dasar sosial Paris.

Mereka membantah pelan pembaharuan skim pencen selain menuntut penambahbaikan persekitaran perkerjaan di sektor awam dan swasta, serta kenaikan gaji pesara, pekerja dan penjawat awam.

Kira-kira 25,000 orang menyertai tunjuk perasaan di Paris.

Tunjuk perasaan itu mengakibatkan sebahagian perkhidmatan pengangkutan awam mengalami gangguan.

Menurut Kementerian Pendidikan, lebih empat peratus guru turut menyertai mogok itu.

Paris sebelum ini menangguhkan pelan pembaharuan skim pencen pada Mac 2020 disebabkan pandemik Covid-19.

Pada September lepas, Presiden Emanuel Macron dilaporkan berkata, usaha pembaharuan akan dimulakan semula pada waktu yang sesuai. —Agensi

mogok, tunjuk perasaan, Paris