Britain, Afghanistan bincang hubungan diplomatik


  • Benua
  • Rabu, 06 Okt 2021

PERTEMUAN itu memberikan fokus kepada perbincangan terperinci menghidupkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara. — Agensi

WAKIL khas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengadakan perbincangan dengan anggota kanan Taliban dalam usaha membasmi keganasan di Afghanistan.

Menurut Pejabat Luar Negara Britain, Pegawai Kanan Awam, Simon Gass juga menemui Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdul Ghani Baradar dan Abdul Salam Hanafi.

Perbincangan itu menjurus bagaimana Britain boleh membantu Afghanistan mengatasi krisis kemanusiaan, keganasan dan perlunya jalan lebih selamat bagi mereka yang ingin meninggalkan negara berkenaan.

“Mereka juga mengangkat layanan terhadap minoriti dan hak wanita serta kanak-kanak perempuan.

“Kerajaan UK berterusan melakukan apa yang mampu untuk pastikan jalan selamat bagi mereka yang ingin meninggalkan negara berkenaan dan turut beri komitmen untuk menyokong rakyat Afghanistan,” kata jurucakap kerajaan Britain.

Jurucakap Kementerian Luar Taliban, Abdul Qahar Balkhi berkata, pertemuan itu memberikan fokus kepada perbincangan terperinci menghidupkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Afghanistan juga mahu UK memulakan permulaan baharu dalam hubungan konstruktif. – Agensi

taliban, britain, keganasan