HARI ini, kelab bola sepak Inggeris dan Sepanyol menguasai bola sepak Eropah dengan beberapa rekod kejayaan benua.
Tidak lama dahulu, semua mata tertumpu kepada bandar Milan, di Itali kerana kejayaan dirangkul oleh Football Club Internazionale Milano atau Inter Milan.
Tetapi, tiada siapa memahami betapa beratnya tugas untuk menggalas tanggungjawab selaku kapten Nerazurri.
Mana-mana kapten pasukan itu harus mempunyai sifat kepimpinan, ketahanan dan sudah tentu kecerdasan bermain bola sepak.
Sekiranya anda pernah tertanya-tanya mengapa anda belum pernah melihat pemain bola sepak dari kelab tersebut memakai jersi bernombor 3 ketika ini, hal ini kerana nombor terbabit selamanya milik seorang pemain, Giacinto Facchetti.
Selain Facchetti, dua lagi legenda iaitu Giuseppe Bergomi dan Javier Zanetti turut dianggap sebagai antara kapten terbaik Inter Milan sepanjang zaman.
GIACINTO FACCHETTI
Facchetti dilahirkan di Itali pada tahun 1942. Sebelum menyertai Inter, beliau merupakan penyerang untuk kelab belia tempatan, CS Travigliene.
Antara tahun 1960 dan 1978, Facchetti mencipta nama di kelab Inter dengan bertindak sebagai pemain belakang penuh kelab.
Selain itu, Facchetti menyuntik bakat menyerang yang luar biasa sehingga menjaringkan 75 gol, pencapaian yang cukup mengagumkan berdasarkan standard terkini.
Beliau adalah pemain berbakat dan berpengalaman yang memimpin rakan sepasukannya ke empat perlawanan iaitu Scudetti, Coppa Italia, Eropah dan Intercontinental.
Jersi bernombor 3 selamanya milik Fachetti. —AGENSI
Facchetti bermain sebanyak 634 kali untuk Inter, menjadi kapten kelab dan negaranya, dan berada di kedudukan tiga teratas kedudukan Ballon d'Or pada tahun 1965.
Beliau akhirnya menjadi jurulatih sebelum menjadi presiden kelab. Malangnya, Facchetti meninggal dunia pada tahun 2006 akibat kanser pankreas.
GIUSEPPE ‘BEPPE’ BERGOMI
Bergomi adalah kapten yang paling lama berkhidmat dalam kelab Inter.
Beliau telah memulakan latihan dengan Inter pada usia seawal 16 tahun sebelum menghabiskan masa 20 tahun bersama kelab.
Sebelum menjadi kapten, beliau adalah pemain pertahanan lagenda dan serba boleh. Selain itu, raut wajahnya yang agak garang dengan misai ikonik menjadikannya mendapat gelaran ‘Lo Zio’.
Bergomi digelar 'Lo Zio' kerana mempunyai raut wajah yang agak garang. —AGENSI
Beliau memenangi perlawanan Coppa Italia pada musim penuh kedua dengan Inter tetapi harus menunggu selama tujuh tahun untuk musim berikutnya.
Ketika bergelar kapten pasukan, beliau bersemangat tinggi bagi mencapai kejayaan ketika perlawanan.
Sebelum bersara pada 1989, Bergomi telah membawa pasukannya ke perlawanan Scudetto, Supercoppa Italiana, dan tiga Piala UEFA.
JAVIER ZANETTI BEPPE
Javier Zanetti Beppe berasal dari Argentina dan menyertai Inter pada 1995 ketika usianya 22 tahun.
Ketika itu, ramai tidak nampak akan bakat sebenarnya kerana lebih memberi fokus kepada pemain Sebastian Rambert.
Tidak lama kemudian, Zanetti akhirnya membuktikan bahawa beliau berpotensi menjadi pemain sayap, pemain belakang dan pemain tengah
Selain dari kemahiran bermain bola, Zanetti adalah pemimpin semula jadi. Hanya dalam tempoh empat tahun menyarung jersi Inter, beliau telah diberikan tanggungjawab selaku kapten.
Beliau berjaya memimpin kelabnya dengan memenangi enam belas gelaran, termasuk lima gelaran Scudetti berturut-turut, empat gelaran lagi adalah Supercoppa Italiana dan Coppa Italia, Piala UEFA, Liga Juara-Juara, dan Piala Dunia Kelab.
Zanetti bergelar kapten pasukan Inter hanya dalam tempoh empat tahun penyertaannya. —Agensi
Zanetti juga telah bermain sebanyak 858 kali untuk Inter, dengan jaringan 21 gol, dan tidak lama kemudian bergabung dengan senarai Hall of Fame 2018.
Zanetti kini berkhidmat sebagai Naib Presiden di Inter dan masih menjadi pujaan peminat yang menganggapnya sebagai pemain terhebat. —AGENSI