Tiga termasuk wartawan terbunuh insiden tembakan di timur Afghanistan


  • Benua
  • Ahad, 03 Okt 2021

PIHAK berkuasa Taliban sedang menyiasat kes berkenaan. — Reuters
TIGA termasuk seorang wartawan terbunuh dalam satu kejadian tembakan di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

"Wartawan dan penulis, Sayyed Marof Saadat bersama anggota keluarganya menaiki sebuah kenderaan dan melalui sebatang jalan raya di Jalalabad sebelum lelaki bersenjata yang menaiki beca melepaskan tembakan ke arah mereka," memetik sumber, lapor portal Xinhua.

Kata sumber itu lagi, anak lelaki Saadat dan pemandu kenderaan turut cedera.

Sebuah kumpulan media bebas Afghanistan, Jawatankuasa Keselamatan Wartawan Afghanistan (AJSC) mengutuk kejadian itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu setakat ini dan menurut sumber, pihak berkuasa Taliban sedang menyiasat kes berkenaan.

Sejak Taliban mengambil alih Afghanistan pada pertengahan Ogos, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan ramai yang lain cedera di Jalalabad, bandar yang terletak kira-kira 120 kilometer di timur Kabul. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram