Kishida jangka umum barisan Kabinet Jepun esok


  • Benua
  • Ahad, 03 Okt 2021

KISHIDA dikatakan mempunyai peluang cerah dipilih menjadi Perdana Menteri Jepun esok. — Agensi

BAKAL Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, 64, dijangka mengumumkan barisan Kabinet baharunya pada Isnin.

Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun itu juga merancang membubarkan parlimen pada 14 Oktober dan pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada 7 November.

Kishida dikatakan mempunyai peluang cerah dipilih menjadi Perdana Menteri di sidang luar biasa parlimen pada Isnin.

Beliau turut berjanji untuk meningkatkan pendapatan kelas menengah dan mengurangkan perbezaan kekayaan.

Selain itu beliau juga memberitahu akan cuba membawa Jepun keluar daripada "dasar neoliberal" yang telah diamalkan kerajaan sebelum ini selama dua dekad.

Katanya pakej ekonomi bernilai "puluhan trilion yen" akan disediakan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.

Sebelum ini, Yoshihide Suga yang mengambil alih jawatan perdana menteri tahun lalu mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan baharu.

Ia susulan rakyat tidak berpuas hati terhadap langkah dilaksanakannya untuk membendung penularan Covid-19. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram