PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa senjata nuklear mesti dihapuskan dari dunia dan memulakan era baharu dialog, keamanan dan kepercayaan.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres berkata, ancaman senjata nuklear menjadi fokus utama PBB sejak mula ditubuhkan.
"Pada 1946, di bawah resolusi kata sepakat pada Perhimpunan Agung kali pertama yang menggesa 'penghapusan' senjata atom sebagai senjata nasional dan semua senjata utama lain yang boleh mengakibatkan kemusnahan besar-besaran," katanya.
Guterres berkata demikian sempena Hari Penghapusan Senjata Nuklear Antarabangsa pada Ahad.
Tambah beliau, meskipun jumlah senjata nuklear telah menurun sejak beberapa dekad, sekitar 14,000 stok masih disimpan di seluruh dunia.
"Inilah masa untuk menamatkannya buat selamanya, menghilangkan senjata nuklear dari dunia kita," kata Guterres. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram