PETINJU Filipina, Emmanuel 'Manny' Pacquiao mengumumkan akan bertanding merebut jawatan presiden negara itu, tahun depan.
Perkhabaran ini mengakhiri segala teka teki dan persoalan adakah senator itu berhasrat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Rodrigo Duterte, terutamanya apabila hubungan kedua-duanya mula dingin.
"Masanya sudah tiba. Kami bersedia untuk merebut jawatan tertinggi negara," katanya.
Jaguh dunia berusia 42 tahun itu membuat pengumuman itu mula menyertai bidang politik pada 2010 sebagai sebagai anggota Kongres sebelum dilantik sebagai senator.
Namanya juga sudah dikatakan menjadi calon pilihan yang diharap dapat memegang tampuk pemerintahan.
Pencapaiannya sebagai petinju dunia dan usaha berterusan dalam membasmi kemiskinan serta memerangi rasuah bakal menjadi perkara yang akan dibawa pada kempen pilihan raya.
"Bagi mereka yang mempersoalkan kelayakan saya, pernahkah anda berdepan situasi kelaparan melampau kerana tiada makanan dan terpaksa meminjam wang daripada jiran atau menunggu sisa makanan untuk mengisi perut kosong?," soalnya pada sidang PDP-Laban yang diadakan puak anti-Duterte.
Ketaksuban politik terhadap selebriti juga meletakkan Pacquiao pada kedudukan terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Presiden tahun depan. — AFP
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram