UAE-Israel raikan ulang tahun pertama normalisasi


  • Benua
  • Khamis, 16 Sep 2021

ANTARA papan iklan yang digantung di Tel Aviv sempena menyambut ulang tahun pertama normalisasi antara UAE dan Israel. — Agensi

KEDUTAAN Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Tel Aviv meraikan ulang tahun pertama hubungan normalisasi dengan negara haram Israel pada Rabu.

Justeru, papan iklan digantung di beberapa jalan di Tel Aviv dan Baitulmaqdis yang diduduki, dalam bahasa Inggeris dan Ibrani.

Antaranya termasuk ‘Perdamaian adalah masa depan anak-anak kita’.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Israel menerusi hantaran di laman Twitter berkata, kempen di Tel Aviv dan Baitulmaqdis adalah bagi memperingati ulang tahun pertama Perjanjian Abraham.

“Untuk masa depan. Untuk anak-anak kita,” ulas Menteri Luar Negeri Israel Yair Lapid.

Pada 15 September 2020, UAE, Bahrain dan Israel telah menandatangani secara rasmi perjanjian normalisasi hubungan dalam satu majlis yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House.

Perjanjian normalisasi bersama Israel ditolak sekeras-kerasnya oleh Palestin, yang menganggap keputusan itu sebagai satu pengkhianatan terhadap Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis dan perjuangan Palestin.

UAE dan Bahrain kedua-duanya menjadi negara Arab ketiga dan keempat menjalinkan hubungan dengan Israel, setelah Mesir pada tahun 1979, Jordan pada tahun 1994. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

UAE, Israel, normalisasi