Myanmar terus bergolak, guru dan pelajar antara terkorban


  • Benua
  • Sabtu, 11 Sep 2021

ASKAR Myanmar berkawal di satu kawasan di Naypyitaw. — Reuters

SEKURANG-KURANGNYA 20 penduduk kampung termasuk remaja terbunuh dalam pertempuran di Myanmar membabitkan tentera kerajaan dan puak penentang.

Pertempuran di wilayah Gangaw bermula pada Khamis, dua hari selepas seruan oleh organisasi pembangkang, Kerajaan Perpaduan Nasional untuk mengadakan pemberontakan di seluruh negara.

Seruan Kerajaan Perpaduan Nasional mendapat sambutan di media sosial namun kesan yang diterima sukar untuk digambarkan.

Pertempuran itu tercetus selepas lebih 100 tentera menaiki empat kenderaan tiba di Myin Thar dan lima kampung berdekatan, kata seorang penduduk kampung.

Walaupun gerakan pembangkang menentang rampasan kuasa daripada kerajaan yang dipilih pimpinan Aung San Suu Kyi makin reda, pertempuran kembali tercetus selepas pasukan keselamatan menggunakan kekerasan bagi menghentikan protes.

“Kami hanya memiliki senjata api buatan tangan,” kata penduduk kampung.

“Ketika cuaca hujan, senjata yang digunakan tidak berfungsi. Tentera kerajaan Myanmar memiliki senjata moden dan mempunyai akses di ruang udara.”

Penduduk juga berkata, kebanyakan pasukan pertahanan kampung terdiri daripada anak muda, lima daripada yang terbunuh masih berstatus pelajar. Guru sekolah juga dilaporkan turut terbunuh.

Lebih 2,000 isi rumah di kawasan berkenaan melarikan diri ke hutan. – Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram