Kongsi foto bersama TMJ, bekas defend JDT kembali terajui Harimau Selatan, bergandingan bersama Aidil Zafuan?


  • Podium
  • Khamis, 28 Mac 2024

Baihakki Khaizan (tiga dari kiri) ketika beraksi bersama Harimau Selatan bagi musim 2014 hingga 2015. — Agensi

MUNGKIN anda masih ingat mengenai bekas pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Baihakki Khaizan yang pernah menabur bakti dalam arena bola sepak Malaysia.

Baihakki bukanlah satu nama yang asing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila dia pernah beraksi bersama pasukan Harimau Selatan bermula tahun 2014 sehingga 2015.

Namun begitu, Baihakki yang juga pemain pertahanan berpengalaman skuad kebangsaan Singapura itu mengambil keputusan untuk bersara dari dunia bola sepak profesional pada tahun 2022.

Susulan itu, tidak hairanlah sekiranya bekas bek tengah JDT itu mahu kembali semula ke Johor menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan.

Ia berikutan selepas Baihakki memuat naik sekeping gambar di laman Facebook peribadinya bersama pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

WhatsApp Image 2024-03-28 at 16.44.12

Baihakki Khaizan (kiri) bersama anak-anaknya dan pemilik JDT, TMJ (dua kiri). Facebook/BaihakkiKhaizan

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan Baihakki akan kembali ke JDT untuk bersama-sama membantu kelab tersebut musim depan.

"Welcome back bekas defender JDT yang berbisa," kata Che Mohd Aziz.

"Selamat datang kapten, mungkin boleh bantu JDT sebagai staf kejurulatihan," kata Juan Ridza.

"Ada deal apa-apa ke tu, welcome back kapten," kata Arahman Lily.

Meskipun begitu, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai masa depan pemain berketinggian 1.88 meter itu untuk bersama kelab JDT.

Malah, ramai penyokong beranggapan bahawa foto yang diambil itu hanya sebagai gambar kenangan.

Ia susulan selepas skuad Harimau Selatan akan mengatur dua perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Lion City Sailors secara timbal balik.

Kelab Singapura itu bakal menjadi ujian buat barisan bimbingan Hector Bidoglio pada 4 dan 8 April depan.

Untuk rekod, antara kelab yang pernah diwakili oleh Baihakki adalah JDT, Persija Jakarta, Persib Bandung, Trat FC dan beberapa kelab di Singapura seperti Geylang United, Warriors FC dan Tampines Rovers. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram