HARI konvokesyen sememangnya detik paling bermakna bagi para graduan. Namun, momen itu menjadi lebih istimewa apabila skrol disampaikan oleh wanita-wanita hebat negara antaranya;
1. Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea, berkenan menyampaikan skrol kepada para graduan UTM.
2. Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, menyempurnakan penyampaian skrol kepada graduan UiTM.
3. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menitiskan air mata ketika mengimbas tragedi kemalangan di Gerik yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI.
4. Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan skrol kepada graduan UMT.
5. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang turut berkenan menyampaikan skrol kepada para graduan IIUM. Kehadiran figura-figura diraja ini bukan sahaja menyerikan majlis, malah menjadi inspirasi kepada para graduan untuk terus melangkah maju dengan penuh yakin dan bersemangat. — Majoriti
TONTON LAGI: https://majoriti.com.my/video
SUBSCRIBE: https://short-link.me/172ih
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
