PERSEMBAHAN cukup longlai ditampilkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika berdepan PKR Svay Rieng dalam aksi ketiga Kumpulan B Piala Shopee 2025/26 yang berakhir dengan keputusan seri.
Pasukan dari Kemboja itu berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mencetak dua gol pada babak pertama permainan.
Usaha skuad Harimau Selatan untuk mengecilkan jurang sepanjang babak kedua permainan dilihat menemui jalan buntu dengan gandingan tuga serangkai, Jairo da Silva, Mohamadou Sumareh dan Moussa Sidibr tidak berjaya.
BACA LAGI: Hanya sekali pernah berkunjung ke Kemboja, Nazmi Faiz-JDT sukar lupakan malam indah di Phnom Penh
BACA LAGI: Tonggak utama belum cukup rehat, 3 pemain JDT bersedia hadapi juara Kemboja

Skuad Harimau Selatan berjaya mengelak daripada mengalami kekalahan di bumi Kemboja. — Asean United
Namun, penantian untuk mencetak gol akhirnya berakhir pada masa kecederaan apabila Shane Lowry mencetak gol peribadi pertama musim ini sebelum Corbin Ong hadir sebagai wira untuk mengikat kedudukan.
Satu mata yang dibawa dari tempat lawan itu sedikit sebanyak memastikan JDT kekal di tangga teratas Kumpulan B dengan tujuh mata dikumpul daripada tiga perlawanan.
Tetapi, kejayaan untuk mengelak kekalahan itu tidak memberi kepuasan buat pengendali skuad Harimau Selatan, Xisco Munoz yang jelas kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya terutama minit permainan 45 pertama.
"Tiada apa yang menjadi pada masa pertama dan saya kecewa, Pemain menaikkan intensiti permainan pada babak kedaua dan kami miliki lebih dari lima minit masa tambahan, kami sepatutnya menang.

JDT berdepan misi getir dalam perlawanan akhir Piala FA menentang skuad Sang Badak.
"Tetapi, itulah bola sepak. Kami hanya boleh terima akan satu mata yang diraih, Kami perlu pelajari daripada perlawanan itu dan ada banyak aspek permainan perlu diperbaiki," katanya.
Jelas pengendali dari Sepanyol itu, kesibukan jadual JDT yang akan turut berentap dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite tidak boleh dijadikan alasan atas keputusan mengecewakan di Kemboja tersebut.
Fokus JDT selepas ini akan ditumpukan kepada pertandingan tertinggi Asia itu apabila akan menerima kunjungan Shanghai Port di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu.
Selepas itu, mereka akan berentap dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sabah FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu depan dalam usaha mengekalkan kejuaraan itu.
Dalam saingan Piala Shopee pula, jaguh bola sepak tempatan itu akan bertemu Shan United dari Myanmar dalam usaha memastikan kemaraan ke pusingan kalah mati pertandingan peringkat Asia Tenggara itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
