'Frust' berbulan tak terima gaji, staf Kedah sertai ‘flop’ JDT di Indonesia


  • Podium
  • Jumaat, 04 Apr 2025

Richard menyertai Kedah pada 2023 atas jemputan bekas Ketua Jurulatih, Nafuzi.

BEKAS fisioterapi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Helber Richard dilaporkan telah menyertai kelab Liga 1 Indonesia, PSS Sleman.

Richard yang berasal dari Brazil telah berkhidmat dalam arena bola sepak Malaysia selama lapan musim, termasuk bersama Felda United, Selangor dan Kedah.

Richard menyertai Kedah pada 2023 atas jemputan bekas Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain dalam projek selama dua musim.

BACA LAGI: 'Nama besar, hidup tak berlagak', Arif Aiman raih pujian kekal bersederhana

BACA LAGI: Skuad makin mantap, cuma JDT masih gagal pecah 3 rekod sendiri

Richard dikatakan akan bekerjasama dengan Dumitru di PSS Sleman.

Namun, dalam perkembangan terkini, Richard mendakwa masih belum menerima gaji selama lapan bulan daripada kelab tersebut, meskipun telah mencapai persetujuan penamatan kontrak pada Disember tahun lalu.

Tunggakan gaji yang berlarutan itu dipercayai menjadi salah satu faktor yang mendorong keputusan Richard untuk berhijrah ke Indonesia.

Berita mengenai penyertaan Richard di PSS Sleman pertama kali dikongsikan oleh laman Instagram, palatao_bola, yang juga mendedahkan bahawa dia akan bekerjasama dengan bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Nicolao Dumitru.

Dumitru, yang sebelum ini tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama JDT akan bekerjasama dengan Richard di kelab Liga 1 Indonesia itu.

PSS Sleman terus memanfaatkan kepakaran daripada Malaysia, dengan Richard membawa pengalaman luasnya dalam bidang fisioterapi.

Sementara, Dumitru pula diharapkan dapat memperkukuhkan lagi barisan serangan kelab tersebut.

Untuk rekod, Dumitru yang juga bekas pemain skuad Bawah-20 tahun Itali itu pernah mewakili jaguh Thailand, Buriram United dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) bagi musim 2023/2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram