[VIDEO] Kebangkitan luar biasa Wrexham, satu stadium menggila


  • Podium
  • Isnin, 16 Okt 2023

Pasukan Wrexham meraih kemenangan dramatik selepas menewaskan Salford City 3-2. — Agensi

PASUKAN Wrexham berjaya menjaringkan dua gol pada minit-minit akhir untuk memastikan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Salford City dalam aksi English League Two pada Sabtu.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan Salford terlebih dulu mendahului menerusi dua jaringan Matt Smith pada minit ke-15 dan 35.

Meskipun ketinggalan 0-2, Wrexham menerusi Elliot Lee bagaimanapun mampu merapatkan jurang tersebut apabila mencetak gol pertama pada minit ke-39 sebelum masa pertama tamat.

Tidak mahu pulang dengan tangan kosong, jentera serangan Wrexham menampilkan corak permainan yang cukup cemerlang apabila mampu menjaringkan dua gol dalam tempoh satu minit sahaja.

Steven Fletcher berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-88 menewaskan penjaga gol Salford City, Alex Cairns.

Selang 54 saat kemudian, Jordan Davies menjaringkan gol kemenangan yang begitu dramatik dengan melepaskan tendangan kencang menggunakan kaki kirinya di dalam kotak penalti menembusi gawang lawan.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Wrexham, Phil Parkinson memuji aksi yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan itu, kami tidak bermain dengan kualiti yang saya inginkan tetapi kami masih mempunyai beberapa peluang yang baik,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram