'Derbi Nusantara kembali', Harimau Muda diundi bersama Indonesia, Timor-Leste di Piala AFF B-23 2023


  • Podium
  • Isnin, 29 Mei 2023

Skuad muda negara pernah tewas kepada Indonesia di pentas penentuan tempat ketiga Sukan SEA 2021.

SKUAD Harimau Malaya Bawah-23 (B-23) kendalian E. Elavarasan telah diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Timor Leste bagi Piala AFF B-23 2023 di Thailand.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 26 Ogos 2023.

Piala AFF B-23 merupakan medan terbaik untuk skuad negara menguji kemampuan pemain baharu sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 anjuran AFC pada September ini.

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir.

Kumpulan A dihuni oleh tuan rumah, Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar manakala Kumpulan C, Vietnam dianggap sebagai pilihan utama selepas diundi bersama Filipina serta Laos.

Piala AFF B-23

Kedudukan pasukan dalam Piala AFF B-23 2023.

Malangnya untuk melihat Richard Chin beraksi dalam Piala AFF B-23 2023 mungkin tidak kesampian selepas FAM menyatakan dia akan dipanggil pada Kelayakan Piala Asia B-23.

Sebelum ini, FAM mendedahkan Richard Chin sedang menunggu pasport sebelum membolehkan dia bermain dengan skuad kebangsaan.

Tambahnya lagi, dua pemain muda kebangsaan yang kini sedang berkelana di luar negara turut akan memperkuatkan skuad B-23 bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia B23.

Adakah skuad muda negara mampu memberikan saingan selepas mereka terkeluar awal dari Sukan SEA 2023 apabila sekadar mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan ketika berada dalam Kumpulan B yang diundi bersama Thailand, Vietnam, Loas dan Singapura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram