
BEKAS pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, B Tinagaran menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin selepas difahamkan mengalami kanser tulang.
Dia yang juga merupakan salah seorang daripada skuad Piala Presiden Pulau Pinang sebelum ini beraksi bersama kelab Lembah Klang itu dari 2014 hingga 2019.
"Pihak Persatuan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Mendiang B. Thinagaran yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau hari ini (Isnin).
Tinagaran pernah beraksi buat beberapa tahun bersama skuad Piala Presiden Pulau Pinang. — Facebook/Penang FA
"Dia merupakan bekas pemain pasukan Piala Presiden Pulau Pinang sebelum berhijrah ke pasukan yang lain," tulis Penang FA dalam satu kenyataan.
Tinagaran yang beraksi sebagai pemain pertahanan tengah itu juga pernah beberapa kali diberikan kepercayaan untuk memakai lilitan tangan kapten. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram