SAMBUTAN hari lahir isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo tahun ini pasti lebih bermakna.
Manakan tidak, untuk sambutan kali ini, dia menerima ucapan istimewa dari kelab Manchester United (Man United).
Kelab bola sepak itu berkongsikan gambar Mew Choo menyambut hari jadi di samping keluarganya di Instagram rasmi @manchesterunited.
Lebih mengujakan, ucapan itu dibuat dalam Bahasa Malaysia dan sedang sohor kini (trending) di media sosial.
"Selamat Hari Jadi Datin Mew Choo! Terima kasih juga kepada Datuk @leechongweiofficial di atas sokongan anda!
"Kita kejar tempat ketiga tu! #MUFC #ManUtd," tulis kelab Man United di Instagram pada Selasa.
Sebelum ini, akaun Man United selalunya memuat naik hantaran menggunakan Bahasa Inggeris.
Terdahulu, Chong Wei memuat naik gambar sama di akaun Instagramnya @leechongweiofficial dan membuat ucapan hari lahir buat isteri tercinta.
Dalam gambar itu, kelihatan mereka sekeluarga yang mengenakan jersi Man United bergambar bersama kek hari jadi berbentuk istana.
Menerusi ucapan yang disertakan dengan gambar tersebut, Chong Wei menyelitkan satu nota kaki yang mengharapkan agar pemakaian jersi Man United pada sambutan hari jadi itu dapat memberi tuah kepada kelab berkenaan.
"Aku ada tiga hero pakai jersi Man United.
"Harap boleh kejar kedudukan nombor 3. Tapi Newcastle macam hebat. In Ten Hag we trust," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram