'Apa yang dia kata tak okey', Klopp berang dengan pengadil


  • Podium
  • Isnin, 01 Mei 2023

Klopp dilihat berang dengan keputusan pengadil perlawanan, Tierney. — Agensi

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menuduh pengadil berat sebelah meskipun skuad The Red menang 4-3 ke atas Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, Liverpool, England pada Ahad.

Klopp berpendapat pengadil itu, Paul Tierney seolah-olah tidak berpuas hati selepas melayangkan kad kuning kepadanya ketika dia meraikan gol kemenangan Liverpool setelah Diogo Jota menyumbat jaringan pada minit ke-94.

Dia dilihat meraikan kemenangan pasukannya secara agresif di hadapan pegawai keempat, John Brooks sehingga mencederakan dirinya sendiri. Klopp kemudian mengecam pengadil, Tierney.

Kedua-dua pasukan terdahulu terikat 3-3 sebelum Jota memastikan kemenangan kepada tuan rumah hanya 99 saat selepas gol penyamaan Tottenham yang bangkit daripada ketinggalan 0-3.

"Kami mempunyai sejarah dengan Tierney, saya tidak tahu apa masalah dia dengan kami, dia kata tiada apa-apa tetapi itu tidak betul," kata Klopp memetik laporan ESPN.

diogo-jota

Jota memastikan kemenangan ke atas Liverpool dalam perlawanan menentang Tottenham pada Ahad. — Agensi

Pengendali dari Jerman itu berkata, cara pandangan Tierney kepadanya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

"Sambutan yang saya lakukan sememangnya wajar dipersalahkan, tetapi apa yang dia (Tierney) katakan kepada saya apabila dia memberikan kad kuning adalah tidak okey," katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung apa yang diperkatakan oleh Tierney, Klopp bagaimanapun enggan membuat sebarang penjelasan.

"Saya tidak akan kata apa-apa mengenainya. Pengadil tidak mengatakan apa yang patut diperkatakan, jadi saya tidak akan ulas apa-apa-apa," ujarnya.

Namun kritikan Klopp terhadap Tierney tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya dia merujuk kepada tindakan pengadil itu ketika Liverpool seri 2-2 di tempat lawan dengan Tottenham musim lalu.

"Tierney tidak memberikan Harry Kane kad merah tetapi Robbo (Andy Robertson) mendapat kad merah. Ia bukan kali pertama, banyak kali berlaku," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram