Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT? — TMJ


  • Podium
  • Isnin, 20 Mac 2023

TMJ bertanyakan kepada mana-mana pemain wanita yang berminat bermain bersama JDT. — Bernama

PERANCANGAN Kelab Johor Darul Takzim (JDT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dijangka akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

Ini susulan pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka bertanyakan mana-mana pemain wanita yang berminat bermain bersama JDT.

Tunku Ismail menjawab satu ciapan sebuah portal sukan mengenai seorang pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengharapkan kelab gergasi Liga Malaysia itu menubuhkan sebuah pasukan wanita JDT.

“Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?,” ciap TMJ.

Fro4KhVaQAA-hlh

Steffi (kanan) berharap TMJ boleh menubuhkan pasukan bola sepak wanita. — Twitter

TMJ sebelum memaklumkan, JDT sudah ada perancangan untuk mewujudkan pasukan bola sepak wanita satu hari nanti.

Menurut TMJ, perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

“Insya-ALLAH pada masa akan datang apabila bajet kelab semakin improve, kami akan ada pasukan bola sepak wanita,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram