Penyokong Kedah tolak 'ex-coach' Harimau Muda, lebih suka Bojan pengganti Aidil Sharin


  • Podium
  • Rabu, 26 Okt 2022

Penyokong Kedah dilihat cenderung memilih Bojan Hodak untuk membimbing skuad Hijau Kuning berbanding P. Maniam. — Bernama

SUSULAN kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super 2022, Kedah Darul Aman (KDA FC) mengumumkan penamatan khidmat Aidil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih pasukan Hijau Kuning pada minggu lalu.

Kemerosotan pasukan Kedah itu menyebabkan beberapa nama legenda bola sepak dikaitkan untuk menggantikan Aidil bagi mengemudi Kedah memperkukuhkan kedudukan pada saingan Liga Super musim hadapan.

Namun baru-baru ini di Facebook, seorang penyokong bola sepak, Amir Ali Hamzah, memuat naik hantaran seolah-olah ketua jurulatih, Petaling Jaya (PJ) City FC, P. Maniam semakin hampir menandatangani kontrak bersama kelab gergasi utara tanah air itu.

"PM akan melatih Kedah," tulisnya dalam Facebook.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali mengesahkan kelab itu sudah ada beberapa nama calon yang disenarai pendek untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih yang ditinggalkan oleh Aidil.

PETALING JAYA, Dec 7 -- The new head coach PJ City FC P. Maniam speaking during a press conference PJ City FC unviels ambitious 'all local team' for 2021 season at Qi Tower today.-- fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

P.Maniam dikhabarkan akan membimbing skuad Hijau Kuning pada musim depan bagi menggantikan Aidil Sharin.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata penyokong Kedah tidak bersetuju jika pihak pengurusan melantik P. Maniam sebagai pengendali Sang Kenari musim depan dan mereka dilihat cenderung memilih Bojan Hodak untuk membimbing skuad Hijau Kuning.

"Daripada P.Maniam biarlah Bojan Hodak, bajet RM10 juta boleh bawa pergi final Piala AFC berbeza dengan Kedah, bajet RM22 juta tapi sampai semi final Asean sahaja," kata Arryl Ko.

"Wow, semoga boleh menggugat JDT," ujar Tok Abah.

"Kalau P. Maniam lebih baik kekalkan Aidil, sebab dia ini main pun tak okay mana tapi waktu dulu tak tahu sebab apa bagi dia masuk," jelas Mohd Salmi.

P.maniam

P.Maniam berpengalaman mengendalikan Harimau Muda B-15 dan terbaharu Petaling Jaya (PJ) City FC. Facebook/FAM

P. Maniam memulakan kerjaya jurulatih pada tahun 2005 bersama Selangor B-19, yang mana ketika itu dia membantu The Red Giants menjuarai Piala Belia 2006.

Selepas sukses bersama pasukan belia, Maniam dinaikkan pangkat menjadi penolong jurulatih skuad Liga Super Selangor selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015.

Selain Selangor, pengendali berusia 54 tahun itu juga berpengalaman mengendalikan skuad Harimau Muda B-15 dan kini menjadi jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC.

Kehebatannya mula disedari apabila dia membimbing skuad PJ City FC pada 2020 dan berjaya mengekalkan The Phoenix dalam saingan Liga Super sehingga musim ini.

Lebih menarik, Maniam menggunakan falsafah tanpa pemain import dalam skuad PJ City, buatkan langkah tersebut bakal membantu ramai pemain tempatan mendapatkan minit permainan.

Tidak hairanlah, KDA FC dikatakan destinasi sesuai buat bekas pemain Selangor itu musim depan berikutan ada ura-ura mengatakan PJ City bakal dibubarkan pada musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram