TERENGGANU menepati sasaran selaku pasukan pilihan apabila memenangi pingat emas bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma), menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.
Separuh masa pertama perlawanan dikuasai oleh Terengganu dengan penguasaan bola dan berjaya mencipta peluang menerusi Muslihuddin Atiq sekali gus memanfaatkan ruang pertahanan yang longgar dengan melepaskan sepakan terus ke pintu gol Pulau Pinang.
Sementara itu, Pulau Pinang pula membuat serangan balas pada minit ke-11 apabila Mohd Syamel Idzham Shariza menyempurnakan hantaran daripada kapten dan Mohd Danial Irfan Mohd Nadzri, namun rembatannya ditepis penjaga gol Terengganu, Nor Haqeem Hamidun.
Terengganu akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-23 apabila sepakan percuma disempurnakan dengan cemerlang oleh Muslihuddin terus ke arah Safwan sebelum dia melepaskan tandukan terus ke dalam gawang.
Pulau Pinang kemudian berusaha untuk menyamakan kedudukan apabila pemain tengah Mohd Zul Hisyam Zamari membuat larian solo namun digagalkan empat pemain pertahanan Terengganu.
Perlawanan dilanjutkan ke bahagian separuh masa kedua yang menyaksikan Terengganu terus mendominasi permainan.
Bagaimanapun nasib malang buat Pulau Pinang apabila pemain Mohd Aidil Azuan membuat jaringan gol sendiri pada minit ke-84. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram