PERANG mulut antara pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan isu bola sepak bukanlah sesuatu yang asing dan ia kembali menghangatkan media sosial.
Terkini, TMJ menerusi satu hantaran Instagram memuat naik karikatur maskot McDonald's yang dikaitkan dengan Sanusi di media sosialnya.
"Suweynasi," perli TMJ pada foto karikatur tersebut yang dipercayai merujuk kepada kedudukan pungutan pingat kontinjen Kedah di Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-2022 yang mana Kedah di tangga ke-12 dengan 33 pingat setakat Khamis.
Kedudukan pungutan pingat Sukma 2022 setakat Khamis yang dikongsikan TMJ. — Instagram
Kontinjen Johor pula mengungguli carta di tempat pertama dengan 130 pungutan pingat.
"Dari dulu baik zip saja mulut tu. Makin banyak bunyi, makin terserlah kebodohan.
"Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal.
"Ini namanya expert of gagal /failure," tulis TMJ.
Hantaran balas Sanusi terhadap posting TMJ. — Facebook
Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza di Facebook pada Khamis, Sanusi membalas hantaran TMJ dengan status berbunyi, "Panaih (Panas) tak apa...koyak jangan laaa."
Sanusi turut memuat naik dua keping foto dirinya dengan salah satu foto tertulis kapsyen, "Be yourself, everyone else is already taken." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram