Kelibat pemain Piala Presiden ke kem Harimau Malaya undang spekulasi


  • Podium
  • Khamis, 15 Sep 2022

Pemain berusia 19 tahun merupakan salah seorang watak utama skuad B-19 tahun negara. — Facebook FAM

PENGUMUMAN pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang saingan King’s Cup 2022 di Chiangmai, Thailand membuatkan ramai penyokong tersenyum melihat senarai berkenaan.

Mana tidaknya terdapat ramai muka baharu yang disenaraikan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon (KPG) seperti Dechlan Lambert, Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal, Rahadiazli Rahalim dan Shahrul Nazeem.

Selain 25 nama dalam senarai itu, penyokong juga mengungkapkan rasa teruja apabila melihat Pan-gon turut memilih pemain skuad B-19 tahun negara, Najmudin Akmal untuk mengikuti latihan pusat.

Kelibat pemain muda itu dalam senarai menunggu mengejutkan ramai penyokong dan mereka mempersoalkan kehebatannya sehingga boleh mengalahkan beberapa pemain senior lain.

rakqnn

Najmudin bersama rakan sepasukan skuad B-19 tahun. — Facebook FAM

“Senarai call up KPG tidaklah mengejutkan sangat tapi senarai menunggu tu ada satu persoalan? Persoalan baik bukan persoalan buruk.

“Nama seorang pemain Piala Presiden dari Johor Darul Takzim (JDT) ada dalam itu. Mungkin dia pernah main di JDT ll. Mesti power budak ni, boleh berlaga bahu dengan superstar lain. Sampai KPG tidak keberatan senaraikan dia. Tak pernah tengok. Teringin nak tengok macam mana handalnya dia.

“Tak pernah ada pemain Piala Presiden boleh tersenarai dalam skuad negara walaupun dalam senarai menunggu. Ke pernah?” tulis Zuraimi Zukri.

Pemain berusia 19 tahun merupakan salah seorang watak utama skuad B-19 negara kendalian Hassan Sazali Waras yang muncul juara saingan Piala AFF B-19 tahun di Indonesia.

Sepanjang kejohanan itu berlangsung, Najmuddin berjaya menjaringkan dua gol.

Najmuddin juga merupakan pemain utama dalam barisan JDT III dan tonggak utama dalam kejohanan Piala Presiden.

Bagi penyokong tanah air, peluang yang diberi jurulatih Korea Selatan itu memberi kesempatan kepada Najmuddin menimba ilmu bersama rakan sepasukan yang lebih senior. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram