NAMA Romel Morales sekali lagi menjadi tumpuan media tempatan untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya bagi memperkuatkan barisan serangan negara pada kempen Piala Asia 2023.
Ini kerana kecemerlangan Romel dalam membantu skuad kendalian Bojan Hodak mara ke peringkat separuh akhir Antara Zon (Inter-zone) Piala AFC 2022 pada Rabu.
kejayaan ini sekali gus melakar sejarah baharu skuad Warga Kota apabila dinobatkan sebagai juara Zon Asia Tenggara (ASEAN) dalam kempen Piala AFC dan berjaya membawa pulang hadiah sebanyak AS$100,000 (RM448,550).
Dalam perlawanan tersebut penyerang kelahiran Colombia itu berjaya menjaringkan satu rembatan voli pada minit ke-32 melalui situasi kelam kabut dalam kotak penalti hasil hantaran tandukan belakang Zhafri Yahya.
Romel dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021. — Agensi
Di ruangan komen Facebook, rata-rata penyokong bola sepak tempatan tidak bersetuju jika perlawanan bertemu PSM Makassar menjadi ukuran untuk menaturalisasikan pemain berumur 25 tahun itu.
"Cukup-cukuplah pasal naturalisasi, fokus dekat anak tempatan pula. Selepas ini ada pemain import perform ambil jadi naturalisasi lagi, pemain import sedap main bola , pemain tempatan duduk bangku simpanan," kata Nabil Chamakh.
"De Paula pun macam ini juga dulu, dekat kelab perform bukan main lepas dah dapat IC main Harimau Malaya semua kena scam," ujar Mohd Nabil.
"Cuma nak pesan, selepas ini jangan masuk JDT, baru boleh perform senang nak tengok prestasi, kalau bagus Kim Pan-gon panggil," jelas Syafiq Othman.
"Tak hebat mana pun, dapatkan title penjaring terbanyak Liga Super dulu baru boleh fikir nak naturalisasikan Romel ini," luah Reha Kadriye.
Romel memulakan karier bola sepak di Malayisa bersama PKNS FC.
Sebelum ini penyerang berketinggian 1.87 meter meluahkan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan jelas sekali bersedia untuk itu dan akan memberikan segalanya demi Malaysia.
“Saya gembira duduk di Malaysia dan sudah beraksi lama di sini. Jika saya mendapat peluang itu (beraksi untuk Malaysia) sudah tentu saya akan berusaha sebaik mungkin dan akan membalas semula apa yang diberikan kepada saya,” katanya.
Romel memulakan karier bola sepak di Malayisa bersama PKNS FC sebelum berhijrah ke pasukan Melaka United dan kini mewakili KL City. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram