Boling padang tambah perak Komanwel


  • Podium
  • Sabtu, 06 Ogos 2022

Trio boling padang negara meraih pingatperak dalam acara triples wanita di Sukan Komanwel Birmingham 2022. — Agensi

KONTINJEN boling padang Malaysia memastikan satu lagi pingat Sukan Komanwel Birmingham apabila mereka menamatkan saingan sebagai naib juara dalam perlawanan akhir trio wanita, pada awal pagi Sabtu.

Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad terpaksa akur 9-17 kepada England walaupun mendahului 9-8 selepas 12 ends, lapor Stadium Astro.

Malaysia mula menyerah kalah apabila gagal memanfaatkan sebarang peluang dalam baki ends untuk England tidak memerlukan ends terakhir bagi menjamin kemenangan.

Ia adalah kekalahan kedua Malaysia kepada pasukan England selepas pasukan 'fours' lelaki terkandas dalam suku akhir dengan catatan 10-16 pada hari yang sama.

Kontinjen negara turut dilanda kekecewaan dalam acara berpasangan wanita di Victoria Park, Leamington Spa, itu yang menyaksikan Siti Azlina dan Emma Firyani Saroji gagal mempertahankan pingat emas mereka.

Pemenang Gold Coast 2018 itu tewas 10-13 kepada Australia dalam separuh akhir seterusnya menentang New Zealand dalam penentuan pingat gangsa.

Fairul Izwan Abdul Muin menawarkan talian hayat untuk memastikan pasukan boling padang negara mengekalkan reputasi satu emas edisi lalu apabila mara ke separuh akhir perseorangan lelaki dengan menundukkan pemegang pingat emas Kejohanan Kepulauan British sebanyak tiga kali, Ross Davis, 21-12.

Juara Asia Pasifik dua kali itu akan bertemu pemenang pingat gangsa temasya Delhi 2010, Gary Kelly, pada Sabtu malam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram