Aksi cemerlang, skuad ping pong fokus buru pingat


  • Podium
  • Khamis, 04 Ogos 2022

Skuad ping pong wanita negara melakarkan kejutan dengan menyingkirkan juara bertahan India, 3-2, pada saingan suku akhir di temasya Sukan Komanwel Brimingham 2022. — Bernama

SEMUA pemain ping pong negara mempamerkan persembahan dominan pada hari pertama acara perseorangan di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Pemain wanita, Ho Ying, yang satu-satu wakil negara melalui tiga perlawanan, tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan rekod bersih dalam Kumpulan 14.

Ho Ying membuka kempen dengan mengalahkan pemain Scotland, Lucy Elliott, 11-5, 11-8, 11-8, 11-8 diikuti pemain Vanuatu, Tracey Mawa, 11-5, 11-0, 11-3, 11-1 sebelum melengkap jadual hari pertama dengan bangkit sebelum mengatasi pemain Fiji, Grace Rossi, 9-11, 11-4, 11-2, 11-0, 11-4.

Rakan sepasukan Ying, Karen Lyne dan Tee Ai Xin turut mencapai dua kemenangan masing-masing dalam saingan Kumpulan 4 dan 5.

Lyne menewaskan pemain Scotland, Rebecca Plaistow, 9-11, 11-4, 11-6, 11-8, 11-4 dan Cynthia Gwabi dari Ghana, 11-7, 11-7, 11-5, 11-3 manakala Ai Xin mengalahkan pemain Uganda, Judith Nangonzi, 11-4, 11-4, 11-5, 11-6 sebelum berhempas pulas menewaskan pemain tuan rumah, England, Marua Tsaptsinos, 2-10, 11-7, 8-11, 11-7, 8-11, 6-11, 11-4.

Dalam acara perseorangan lelaki, Wong Qi Shen mencatatkan dua kemenangan dalam Kumpulan 5 terhadap Geoffrey Loi dari Papua New Guinea, 11-2, 11-1, 11-4, 11-3 dan pemain Barbados, Tyrese Knight,13-11, 11-5, 11-7, 11-5

Dalam Kumpulan 13, Choong Javen mengalahkan pemain Ghana, Emmanuel Asante, 11-5, 11-6, 11-5, 11-4 dan pemain Fiji, Jai Chauhan, 11-6, 11-1, 11-2, 11-4 manakala Kumpulan 10 menyaksikan Leong Chee Feng menumpaskan pemain St Lucia, De Andre Calderon, 11-4, 11-9, 11-2, 11-5.

Chee Feng kemudian meneruskan momentum dengan mengalahkan pemain Jamaica , Kane Watson, 11-3, 11-8, 11-6, 11-9. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ping pong, Komanwel, Birmingham 2022, Ho Ying,