PELARI pecut para negara, Afiq Ali Hanafiah, mara ke final acara 100m T11-12 Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas menamatkan saingan saringan pertama di Stadium Alexander, England di tempat ketiga sebentar tadi.
Atlet berusia 27 tahun itu, yang merupakan pemenang pingat gangsa dalam edisi di Gold Coast pada 2018, menamatkan larian dengan catatan 11.29 saat, sekali gus menduduki tempat keempat keseluruhan daripada lapan peserta bertanding.
Dia seterusnya akan bersaing dalam perlumbaan penentuan pingat di venue sama pada awal pagi Khamis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram