Elak kena ratah lawan NSFC, Tok Gajah dinasihat jangan pertaruh 'ubi' muda


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jun 2022

Sri Pahang memburu kemenangan moral ketika berdepan NSFC selepas ditewaskan Sabah FC 1-2 minggu lepas. — Flanegan Bainon/Sabah FC

SRI Pahang FC yang tewas 1-2 kepada Sabah FC dalam aksi Liga Super minggu lepas terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu bekerja keras bagi mendapatkan kemenangan pada Sabtu.

Skuad gergasi Pantai Timur itu dijadualkan akan berdepan berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.

Pada Jumaat, pengendalinya, Christophe Gamel berkata, senarai pemain sama juga akan diturunkan pada perlawanan lawan NSFC ekoran tiada sebarang perubahan memandangkan status kecederaan yang dialami beberapa pemain.

Ketiadaan tonggak utama seperti perlawanan lalu merisaukan penyokong Tok Gajah kerana boleh jadi skuad Sri Pahang turut menjadi 'lauk' di hadapan peminat Jang Hobin.

WhatsApp Image 2022-06-25 at 3.24.26 PM

Menurut jurulatih itu, tiada sebarang perubahan senarai pemain pada perlawanan malam ini memandangkan status kecederaan yang dialami beberapa pemain. — Sri Pahang FC

Ketika ini, Sri Pahang berdepan masalah kecederaan yang dialami tiga pemain utama iaitu Nor Azam Azih, David Rowley dan Abdul Malik Mat Ariff.

Bagi mengelak diratah oleh NSFC, penyokong Tok Gajah turut meluahkan pendapat agar Gamel tidak mempertaruhkan 'ubi' muda Sri Pahang untuk beraksi pada babak pertama perlawanan.

“Kadang bimbang juga jurulatih Gamel ini berani sangat bagi turun pemain muda awal-awal. Hari itu bantai letak bahagian tengah semua muda lawan Sabah. Sekurang-kurangnya letaklah seorang pemain senior yang ada pengalaman. Lepas Kevin masuk baru okay corak permainan,” kata Mu Fir.

Bagi penyokong Jo Ibrahim, Gamel menurunkan pemain muda adalah baik dari segi pendedahan namun biarlah barisan 'ubi' muda itu sudah cukup mempunyai persediaan.

“Mereka boleh main. Tapi jangan turunkan serentak dua atau tiga pemain Presiden ini. Nanti takut tidak seimbang,” kata Mohd Roman Farhan.

Pada masa sama, antara pemain muda Sri Pahang yang sering menjadi mangsa kritikan penyokong termasuklah Saiful Jamaluddin, Zuhair Aizat dan Shahir.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram