Langsai gaji pemain, Perak FC kini bebas


  • Podium
  • Khamis, 16 Jun 2022

The Bos Gaurus kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan kedua.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu melunaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, FIFA dalam e-mel kepada pengurusan kelab pada Khamis memaklumkan badan induk tersebut telah menerima surat-menyurat daripada pemiutang bahawa dana terhutang sudah dipindahkan ke akaun masing-masing.

"Agenda ini adalah keutamaan kami untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain berkaliber. Malangnya penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, The Bos Gaurus kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan pemain dengan merancang untuk menandatangani tiga pemain import yang tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.

Sebelum ini, dilapor Perak FC dikenakan sekatan pendaftaran pemain daripada FIFA susulan isu tunggakan gaji berjumlah RM1.7 juta yang membelenggu pasukan itu pada awal musim lepas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram