Gara-gara disuruh senyap, mesej khas buat Faizal Azumu terbentang di stadium ketika iringi Malaysia ke Piala Asia


  • Podium
  • Rabu, 15 Jun 2022

Faizal menyalahkan penyokong Malaysia kerana didakwa menjadi punca Malaysia tumpas di tangan Bahrain. — Agensi

PENANTIAN 42 tahun Malaysia untuk sekali ke kejohanan Piala Asia 2023 secara merit berakhir apabila sah layak ke kejohanan tersebut tahun depan selepas membenam cabaran Bangladesh 4-1 pada Selasa.

Sebanyak 52,964 penyokong hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi saksi sejarah skuad Harimau Malaya menjadi naib juara kumpulan E dengan mengumpul enam mata di belakang pendahulu, Bahrain yang memperoleh sembilan mata sekali gus layak ke Piala Asia.

Dalam keghairahan menyaksikan kemenangan skuad Harimau Malaya selepas membenamkan pasukan Bangladesh, tular pula satu gambar di media sosial suasana di stadium dengan dihiasi banner ‘Peja jgn sap gam’.

FA dalam lagi

Banner yang digantung oleh peminat. Facebook

Tidak dapat dipastikan siapa yang membawa dan menggantung banner tersebut di tengah-tengah lautan para penyokong.

Di ruangan komen status Facebook, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, rata-rata penyokong menampal gambar tertera banner dan meluahkan perasaan, seolah-olah tidak berpuas hati terhadap beliau.

Bagaimanapun, Faizal Azumu tidak ‘sentap’ dengan banner yang dinaikkan oleh penyokong Harimau Malaya yang mana tertera mesej khas buatnya di SNBJ.

WhatsApp Image 2022-06-15 at 11.14.37 AM

Kenyataan yang dimuat naik oleh Faizal Azumu. Twitter

Malah, Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkan sepanduk yang ditulis dengan ayat ‘Peja jangan sap gam’ itu sebagai nasihat terbaik untuk dirinya.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” ciapnya di laman Twitter miliknya pada Rabu.

Sebelum ini, Faizal Azumu mencetuskan perasaan tidak senang penyokong Malaysia terutama kumpulan sorak Ultras Malaya kerana didakwa menjadi punca Malaysia tumpas di tangan Bahrain.

FA dalam

Faizal Azumu mencetuskan perasaan tidak senang penyokong Malaysia. Facebook

Menurutnya, suasana gamat dan bising di stadium menyebabkan pemain Harimau Malaya tidak dapat memberi perhatian kepada perlawanan sekali gus tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Faizal Azumu bingkas menafikan perkara itu dan meminta maaf kepada penyokong Harimau Malaya dengan memberi alasan kenyataanya itu telah disalah ertikan.

Walaupun Faizal Azumu sudah tampil memohon maaf, namun kenyataan menteri itu tidak boleh diterima rakyat negara ini malah ada yang membuat ‘troll’ seperti ‘perlawanan bola sepak kini diadakan di perpustakaan negara, semua diminta senyap’. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram