NAMA pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi nampaknya terus menjadi sebutan minggu ini bukan sahaja dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, tetapi juga mereka yang berpengaruh dalam bola sepak.
Terbaharu, bekas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal turut memuji Arif Aiman sebagai seorang pemain yang luar biasa.
K.Rajagobal berkata demikian menerusi laman media sosial Twitter miliknya dimana beliau turut berpendapat JDT melakukan kerja yang baik dalam membentuk Arif menjadi pemain terbaik dalam negara
"Dia salah seorang pemain yang luar biasa. Mempunyai kualiti terbaik dan sangat impresif. Yakin, tenang dan juga berani. Bakat cemerlang yang telah digilap oleh JDT," katanya.
K. Rajagobal memuji Arif Aiman menerusi akaun Twitter miliknya.
Saham Arif Aiman semakin meningkat naik selepas beliau membantu JDT melepasi cabaran peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League (ACL) sekaligus mara ke pusingan seterusnya buat pertama kali dalam sejaran kelab.
Arif menampilkan prestasi cemerlang ketika diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan ACL terutamanya ketika aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Ulsan Hyundai.
Pada minit-minit akhir permainan, Arif membuat gerakan yang memaksa pertahanan Ulsan Hyundai, Park Yong-uh tertampan bola ke gawang sendiri sekaligus memberikan kemenangan 2-1 kepada JDT.
Setelah tamat saingan peringkat kumpulan ACL, ramai pihak yang mencadangkan agar pemain yang baru sahaja menginjak usia 20 tahun itu agar beraksi di luar negara bagi meningkatkan lagi mutu dan tahap permainan beliau.
Melihat kepada prestasi yang ditampilkan sejak beraksi bersama JDT dua musim lalu, Arif dilihat sudah bersedia untuk beraksi di luar negara sekaligus mengikut jejak langkah rakan sepasukan iaitu Safawi Rasid (Portimonense), Syamer Kutty Abba (Vilaverdense) dan Mohamadou Sumareh (Police Tero). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram