Perjalanan skuad wanita negara di BATC berakhir


  • Podium
  • Sabtu, 19 Feb 2022

PERJALANAN skuad wanita negara di BATC berakhir apabila tewas kepada Korea Selatan.

PERJALANAN skuad wanita negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 terhenti selepas tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Pada aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu, pemain perseorangan pertama negara, S Kisona gagal menyaingi kehebatan Sim Yujin yang meraih kemenangan 21-16, 21-17.

Beregu negara, Pearly Tan-Valeree Siow juga gagal menyamakan kedudukan apabila tewas 15-21, 14-21 kepada gandingan Baek Ha Na-Seong Seung Yeon.

Pemain perseorangan ketiga, Siti Nurshuhaini Azman dilihat seakan-akan mampu menjelmakan kebangkitan buat kem Malaysia ketika berdepan Lee Se Yeon.

Bagaimanapun, Se Yeon lebih tangkas menghadiahkan mata kemenangan Korea Selatan apabila meraih kemenangan 21-11,15-21, 21-13.

Begitupun, pencapaian mara ke separuh akhir BATC 2022 sudah cukup membolehkan Malaysia yang muncul juara Kumpulan Y melayakkan diri secara merit ke pusingan akhir Piala Uber 2022 di Bangkok Mei depan.

Korea akan berdepan Indonesia pada aksi final pada Ahad. Indonesia mara ke final selepas Jepun menarik diri dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram