Tiga bintang Sepanyol sah sertai JDT


  • Podium
  • Rabu, 19 Jan 2022

BARISAN pemain JDT sedia ada akan diperkuatkan dengan penambahan pemain baharu dari Sepanyol. — Gambar hiasan/ Facebook

JOHOR Darul Takzim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

KENYATAAN JDT berhubung tiga pemain baharu dari Sepanyol. — Facebook

"Kami akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim.

"JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC," katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT pada Rabu.

Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor, Syahmi Safari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram